Sunday, July 27, 2008

Sepuluh Jari Memohon Kemaafan...

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Di sini, saya ingin memohon kemaafan kepada semua pelajar IPTB atas kesilapan maklumat yang saya berikan di blog ini baru-baru ini. Sebelum ini saya menyatakan bahawa semua pelajar tidak perlu membayar yuran asrama sebanyak RM80 sebulan. Untuk pengetahuan, fakta itu adalah tidak benar dan mitos sama sekali. Fakta yang sebenar ialah hanya pelajar kelas persediaan sahaja yang dikecualikan membayar yuran asrama. Bagi pelajar ijazah, anda dikehendaki membayar yuran tersebut iaitu maksimum RM80 sebulan. Segala kesulitan saya mohon kemaafan. Sesungguhnya saya ini hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan.

Sekian, terima kasih…

Thursday, July 24, 2008

Elaun Bulan Ogos 2008


1. Seperti yang sedia maklum, kadar elaun bagi setiap pelajar adalah seperti berikut :

i. PPISMP – RM 430.00 sebulan (diberi tiap-tiap bulan)

ii. PPPRPET- RM 700.00 sebulan (diberi 3 kali setahun)

2. Bagi pelajar PPISMP, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima tunggakan elaun asrama dari Julai’07 hingga November’07 berjumlah RM 292.00.

ii. Tunggakan bagi bulan Jan’08 hingga Mei’08 telah dilunaskan pada bulan Jun yang lalu.

3. Bagi pelajar PPPRPET semester 2, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima tunggakan asrama dari bulan Januari’07 hingga Disember’07 berjumlah RM 720.55.

ii. Elaun anda untuk kali terakhir dalam tahun ini sebanyak RM3870.40 merangkumi tempoh 6 bulan setelah dipotong bayaran asrama turut diberi.

iii. Walaubagaimanapun, elaun terakhir ini mungkin diterima lewat sedikit dari tarikh yang ditetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

4. Bagi pelajar PPPRPET semester 4 dan semester 6, pada bulan Ogos ini :

i. Anda akan menerima Penyelarasan Elaun berjumlah RM1850.00.

ii. Anda juga akan mendapat elaun untuk kali terakhir dalam tahun ini sebanyak RM3870.40 yang merangkumi tempoh 6 bulan setelah dipotong bayaran asrama.

5. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja dalam bulan Ogos.


6. Untuk pengetahuan, hanya pelajar-pelajar PPISMP sahaja dikecualikan dari bayaran asrama. Bagi pelajar PPPRPET, anda akan dikenakan bayaran asrama maksimum RM80 sebulan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.


7. Semoga kehadiran memo ini membolehkan semua guru pelatih mendapat maklumat yang jelas mengenai kedudukan elaun semasa.



Sekian, terima kasih...




Wednesday, June 11, 2008

Gymnasium : Milik pensyarah ke pelajar??


Satu isu bagi pencinta permainan badminton terutamanya di institut. Mengapa gym kerap tutup dikala perasaan bermain meluak-luak di sanubari. Yelah, dah bina macam-macam kemudahan dalam gym tu tapi nak guna tak dapat. Kalo waktu malam tak buka ok lagi, ni petang time bermain pun tak bukak gak. Pe kes. Tak kan bukak waktu kuliah je. Kang kami main waktu kuliah, marah lak kate x masuk kelas. Adoi pening betoi lah institut ku tercinta nie…

Oleh itu, masalah ini telah saya ajukan. Penjelasan adalah seperti berikut. Buat pengetahuan semua, gymnasium bukanlah milik pensyarah atau pelajar sahaja. Ia hak milik warga institut bersama. Pensyarah hanya memastikan gym dalam keadaan baik memandangkan gym baru sahaja dinaik taraf. Bayangkan kalo dah naik taraf tetapi tidak dikawal macam dahulu. Jadi tak berbaloi lah penaik taraf itu kerana akan digunakan secara tidak bertanggungjawab apabila tidak dipantau. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas. Bila dah berlaku kerosakan, sume lepas tangan. Sape sanggup bertanggungjawab benda yang memakan kos macam ni.

Selain itu, perkara ini saya telah ajukan ke JPP Sukan untuk tindakan selanjutnya. JPP sukan memaklumkan untuk memperolehi kunci gym di kalangan pelajar adalah sesuatu yang mustahil. Jadi kepada sesiapa yang ingin menggunakan gym, macam biasa lah. Ikut prosedur. Isi boring dan maklum pada pensyarah unit PJ. Walaupun begitu, saya telah meminta JPP sukan memohon agar gym dibuka pada waktu petang dari pukul 5 hingga 7 petang. Perkara ini masih dalam perbincangan dan maklumat terkini akan dimaklumkan kelak. Sementara waktu ni, gunalah kemudahan sukan yang sedia ada k. Majulah sukan untuk Institut.

Bile ATM boleh ade kat institut kita ni ek??


ATM (auto teller machine) a.k.a mesin dit dit duit tu merupakan satu keperluan kepada kita masa kini. Masakan tidak, untuk mendapatkan elaun, kita terpaksa berurusan dengan mesin ini. Satu masalah timbul di kalangan warga institut kini ialah mesin ini tak terdapat di institut kita. Jadi terpaksalah pergi paling dekat kat BSN BM tu.

Memandangkan masalah ini, saya dengan rasa nak menyelesaikan problem telah memohon mesin ini untuk diadakan di institut kita. Pelbagai perbincangan telah dilakukan dan keputusannya adalah seperti berikut. Untuk pengetahuan semua, untuk mengadakan mesin ini, bilangan pengguna (mereka yang dijangka menggunakannya) hendaklah minimum arrange 1000 orang. Tapi institut kita 800 pun rasanya tak sampai. Terdapat juga cadangan untuk mengadakan mesin ini di luar kawasan institut bagi membolehkan orang ramai turut menggunakannya. Cadangan ini terdapat pula terdapat bebarapa kekangan. Pertama sekali sudah tentulah faktor keselamatan kerana sukar mencari tempat yang sesuai. Selain itu, kedudukan institut kita yang jauh dari kawasan tumpuan orang ramai turut menghalang kewujudan mesin ATM ini.

Oleh itu, saya berharap kepada semua warga institut bersabar dan semoga pertambahan pelajar pada masa akan datang akan menjayakan permohonan mesin ATM ini. So, berbahagialah dengan kemudahan yang dah sedia ada di institut kini k…..

Top up mari....


Susah nak dapatkan top up??

Ingin dapatkan pada kadar terendah??

Kini mudah…..

Anda boleh mendapatkan top up maxis serendah RM2 dan celcom serendah RM3…

Caranya??

Jumpa saya lah. Memandangkan harga minyak yang meningkat, harga barang pun makin mahal, namun saya kini menawarkan top up mudah milik pada harga yang murah. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Semua ini tidak lain dan tidak bukan, antara usaha untuk kebajikan anda semua =)

Tuesday, June 3, 2008

Kadar Elaun Penuntut IPTB (Edisi Mintak Maaf)

Kadar Elaun ini akan tulis apabila buka sem baru nanti dengan elaun yang terkini. Insya Allah. So, saya mintak maaf lah tak dapat nukilkan perkara mengenai elaun di blog ini dengan segera. Terima kasih....

Jualan Tapak Konvokesyen IPTB

Alhamdulillah, pada 29 April 2008 yang lepas, IPTB telah menjayakan Majlis Konvokesyen yang memberi sijil dan diploma kepada penuntut-penuntutnya.

Saya dibawah biro kebajikan telah di amanahkan untuk menguruskan jualan tapak untuk Majlis Konvokesyen itu. Di sini, ingin saya nukilkan kerja yang telah saya laksanakan mengenai tapak ini. Apabila saya membuka blog jpp, terdapat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati mengenai tapak ni. Diharap apabila saya menulis komen ini, sekurang-kurangnya rasa ketidak puashatian itu dapat diredakan sedikit di samping mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Buat pengetahuan semua, ketika saya diberi tugas untuk melaksakan amanah ini, saya terus berjumpa dangan pensyarah penasihat. Satu kejutan telah berlaku ketika perjumpaan pertama saya ini iaitu tapak sudah habis dijual sebelum berita mengenainya disebarkan. Bagi saya, itu satu perkara yang baik kerana kerja saya sudah dipermudahkan. Tetapi, memandangkan ini merupakan satu ketidakadilan, saya telah berusaha untuk meminta perkara ini dipertimbangkan. Bukan senang nak minta dipertimbangkan kembali kerana urusan mencari tender tapak telah selesai dan pengarah mangarahkan dasar siapa cepat, dia dapat dalam perkara ini.

Namun, saya bersyukur kerana ketua pensyarah penasihat sudi menimbangkan perkara ini. Oleh itu, saya telah membuat pengumuman di perhimpunan mengenai perkara ini dan permintaan dari pelajar untuk berniaga adalah menggalakkan. Memandangkan permintaan melebihi tapak yang tinggal, jawatankuasa(terdiri di kalangan pensyarah) telah bermesyuarat untuk memilih calon akhir. Dengan itu, selesailah urusan memilih tender tapak konvo ini.

Selain itu, mengenai pembayaran tapak yang dirasakan agak tinggi bagi pelajar iaitu RM20, saya telah menyatakan perkara ini kepada ketua pensyarah penasihat. Saya dimaklumkan, semua duit sewa bersih tapak itu akan dibahagi antara tabung pelajar dan tabung pensyarah dengan tabung pelajar 80% dan pensyarah 20%. Perkara ini masih belum dimuktamadkan lagi setakat ketika saya taip ini. Walaubagaimanapun, perkara ini akan saya pastikan kembali dan perkara terkini akan saya maklumkan kelak.

Baju KOT RM22?? Biaq betoi….

Satu isu yang tak dapat dielakkan lagi mengenai harga baju KOT(Kejohanan Olahraga Tahunan). Saya tak pasti sama ada RM22 atau RM25, tapi assume lah RM22 ye. Jika dilihat dari design baju itu, banyak suara-suara ketidakpuashatian lahir dikalangan pembeli. Selain dari harga, saiznya juga yang dikatakan tidak mengikut standard turut diperkritikan. Oleh yang demikian, saya telah berjumpa sendiri dengan ketua unit GERKO untuk meminta penjelasan mangenai perkara ini.

Hasil dari perjumpaan yang turut memakan masa petang saya itu, dapatlah saya simpulkan seperti berikut. Sebenarnya harga baju itu kalau hanya ditempah untuk pelajar sahaja tanpa meminta sponsor tambahan dari syarikat pengeluar baju itu, harganya memang jauh lagi murah. Tetapi, disebabkan terdapat kos-kos sampingan, itulah sebab harga baju KOT melonjak menjadi mahal.

Saya dengan 10 jari memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat memastikan perkara ini. Saya akui mungkin disebabkan kelewatan perlantikan JPP, tindakan mengenai perkara ini ibarat mencurah air di daun keladi kerana nasi sudah menjadi bubur (jadi karam sigh walia sat..hahaha). Oleh itu, perkara ini tutup jelah dan dijadikan pengajaran. Insya ALLAH, di masa akan datang, saya akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi. So kepada semua, forgive and forget lah perkara ni k……

AdUaN SMS

Seperti yang anda semua sedia maklum, saya telah mengadakan sistem aduan SMS bertujuan untuk memudahkan urusan dalam memastikan kebajikan anda semua di institut ini terjamin. Oleh tu, hantarlah segala aduan anda seperti cara di bawah:



Taip {ADU}{aduan anda}{nama, kelas}

Dan hantarkan ke 013-4478384



Insya ALLAH, setiap yang anda adukan akan saya ambil tindakan secepat yang mungkin. Semoga dengan kehadiran aduan SMS ini dapat membantu semua warga IPTB sekalian.

Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan dan Perhubungan JPP IPTB 2008


PENGERUSI

M. SYAFIQ AFFENDI B. M. YUNOS

N. PENGERUSI

NUR SHARIFAH AMIRAH BT AHMAD

SETIAUSAHA

MAZWAN B. KARIM

NUR HUSNAYATI BT IBRAHIM

BENDAHARI

M. ZAILAN B. AWANG SEMAN

AJK

M. ZULKARNAIN B. RADZUAN

ARIF HADRI B. JAPRI

M. KHAIRUDIN B. JUREMI

PRABHU RAGAWAN

QURRATU AINI YUSOF

NURUL SALFARINA BT KHAIRUL ANUAR

NURUL IZZATI BT ZAIDI MANSOR

NURUL FATIHAH BT ASRAK

YAU SHUH LING

THAMIL VAANNI A/P GANESON

NG BEE POH

WAN NOOR AKMAL BT WAN SUPIAN SORI

LYLIA SHAZWANI BT MOHD YAMIN

SUHAIDA BT MD SAAD

NURUL ATHIRAH BT MUSTAPHA